Ye, Buleh Saya Bantu ?

Sunday, April 10, 2011

Sup Tulang in The House !

memalam nih, keje takde. so, kita share resipi jum! hehe aku nak share resipi sup tulang gojes nama dia. jum jum, kita tgk apa bebahan dia. meh intai. huhu

okay puan puan. bebahan dia seperti berikut. *sambil tgn soley soley. hehe


500gram tulang lembu.
1 labu bawang besar *potong bulat
2 biji bawang putih *dihiris halus
1 batang kayu manis
2 ketul bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 cawan air *ikut keperluan
3 biji kentang *potong 6
1 biji lobak merah *potong kiub piramid. tau tak? hehe
sedikit daun sup plus daun bawang *dihiris haluss.
sedikit bawang goreng
5 sudu minyak masak
garam dan gula secukup rasa
ouh ya! black papper pun. dlm 1 sudu teh cukup. =)


ha, sumeee ado dah? jum kita salin pulak cara cara masak dia oke. *tangan soley soley non ado dah. susah nak masak. haha


1. puans, sila pastikan tulang tuh sume basuh bersih bersih yee. kebersihan tuh penting =)

2. kemudian, sila panaskan periuk bersama minyak kita. plus, tumiskan bahan yg berwarna merah.

3. setelah agak2 layu dan naek bau, sila lah masuk kan tulang kita yg suci tuh oke. tumis sampai dia keluar jus. sure kaw!

4. setelah itu, masuk kan pula air. biar sehingga daging kat tulang tu empuk gitu. blurp blurp.

5. kemudian, tolong masuk kan kentang dan lobak merah yg telah dirajang *bak kata org jawa. hehe. didih hingga mereka empuk yee. tenkiu. =)

6. if rasa kurang air, sila la tambah ag. huhu

7. setelah mereka sume empuk, masuk kan garam plus gula secukup rasa.

8. bila sumee dah oke, dah maveles, siap dihidang!

9. dah masuk sup dlm bekas lauk termos tuh kan, buleh la hias dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng yg dah sedia tuh.

10. siap di makan! jum jum. laparrrrr =)


slurpppp. sedappp weyh! try la. =)






yg nih sedia untuk di ngapppp! yummy =)


oke! selamat mencuba! nti aku share resipi yg lain oke. mavelesss kan? haha dah malam la. esuk jela korang try. hehe *good night. sambil pejam mata dan bayangkan sup tulang. plus, tetibe meleleh aer liur. lap lap. hehe =)


No comments:

Post a Comment