Ye, Buleh Saya Bantu ?

Thursday, April 21, 2011

Khas Untuk Ibu Mengandung !

so cute! nak 6 mulehhh? hehe


Assalamualaikum wbt. :)

korang tengok pikca atas tuh. dah tau kan apa entry yg aku nak bebelkan? yeahh! its bout baby! hehe eh eh, 1st of all. congrates to my friend, puan nabila & encik suami di atas kejayaan anda yg mengena sasaran apabila puan nabila kita disahkan pregnant! yeayyy! happy happy. *cam aku pulak yg preggy. over tauu! hehe

sebenarnya, aku nak share petua plus amalan tuk ibu mengandung nih. semoga ia menjadi salah satu bahan rujukan yg bermakna dan diberkatiNya. Amin Ya Rabb.











nak inteprem kejap ye mama farah. hehe








nape nanes nih yayang? nak update belog jugak eh? hehe









dah comel la yayang! kecik kecik pandai tgk cermin dah eh. :) 






oke oke. nih je kot dulu. t if ada ag, aku update ag oke sayang? muahmuah! jgn lupa update belog nazatulfarahnadia.blogspot.com nih oke. kan buleh share info terkini. :)


*selamat malam baby dlm pewot anda yg sedang bergolek swimming tuh. i love you tightly. mmuahhh!









Wednesday, April 20, 2011

60 Petua Mendapatkan Pasangan !! Semak Cepat !

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah




Tuesday, April 19, 2011

I Need Shoulder To Lean On It !



Just watch . I love it ! Really love !




:: Click It ::





THE END .




mood : upset kot . =(



Thursday, April 14, 2011

Eiyyy Yuckssss ! Sila Jangan Muntah Colourful !

Assalamualaikum wbt kepada yg sedang intai belog aku. hot story weyh! kalau ikutkan aku geli *yuckss* tapi yela, kita nak share info kan? so, sila lah baca entri dari belog college mate aku nih. *sambil tahan nafas. haha


dah tengok ? NGERIIIIIIII ! takmo dah beli air yg dijual ditepi jalan. yeah. tak sumeee camtu. maybe DIA sorg je uat. tapi tak mustahil kan ? yang penting, aku ngeri GILO ! wekkkkk ! *muntah dalam plastik :p


dah dah. selamat malam ! 

Wednesday, April 13, 2011

Kau Laksana Bulan


tau dah apa aku nak bebelkan malam nih? haha. well, aku rasa ramai kot yg dah jadi feminat cite lovey dovey nih.. kan? syiokkk weyh! dah bape kali tah aku khatam. *baik kau khatam quran la pembebel!* hee 


jum jum kita selongkar apa lagi yg best!!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


pehhh! aku rasa cam nak tgk lagi pulokk. :)





oke weyh! nih la cite asal KAU LAKSANA BULAN. from novel oke. kau ado? hihi




tutup mata cepatt! stepler mata tuh kang! *haha GILO
jeng jeng jeng


.
.
.
.
.
.
.
.
.

eh eh, nih aku la.. haha *gedik tau! :D









heroin dia!! shantek kan dia pakai tudung? :)
ayu raudhah aka adriana.





nih la hero pojaan hati.. hihi zul huzaimy aka firas :)




things that i fall in love with this story was:
  • jalan cerita dia *best wooo :)
  • hero & heroin dia *bersinta sakan mereka ye! dah uat cukup aku terkesima la.
  • cara firas cakap dalam cerita nih.. *melting plus boiling weyh! jatuh cinta! hehe
  • yg paling penting, cerita nih BEST. 5 stars oke!



till then, good night sygs... muahmuah!! sweet dream.. sleep tight... *silalah amek wuduk & baca doa tido, surah fatihah, ayat kursi & mengucap dua kalimah syahadah yee*




amekkk kauu!!! 5stars oke!


lots of love,
nazatulfarahnadiarosli
si pembebel emas

Monday, April 11, 2011

yeayyy! uat kek batik jum!

alohaaa. cewahh. haha entry kali nih belog gedik akan share dgn u ol cam mano nak uat kek batik gaya si bebelan emas. huhu meh, tgk bebahan seperti biasa. =)

1000gram biskut merry
2 cawan air
2 1/2 cawan milo
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan marjerin
1 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan gula
5 biji telor *dipukul ye puans. =)

ha, sonang tak bahan dia nak cari? habaq mai... haha oke oke, steps memasak pulak. jum! =)

1. sila masukkan air ke dalam periuk dan tolonglah didihkan ia.

2. kemudian, masukkan gula. kacau hingga gula hancur. =)

3. after that, masukkan milo dahulu. kacau hingga sebati. setelah itu, masukkan pula serbuk koko dan kacau hingga sebati jua. *makesure oke. nti ketul2 pula. hihi

4. step seterusnya, masukkan pula marjerin kita. fungsi dia? kilatt kilatt gitu. hehe

5. setelah marjerin sebati digaul, kita masuk kan pula susu pekat manis. *if tak suka nak rasa cam lemak sgt, anda buleh masuk kan 1/2 tin susu pekat saja. terpulang oke. ^^,

6. oke, susu pun dah sebati kan? then, kita buleh la masuk kan telor yg kita dah pukul td tu. *anda kena masuk telor tu sambil dikacau oke. klu tak, nti terusss jd telor dadar. haha

oke, kita pun kacau la sampai sume bahan td sebati. cuba rasa! ala, colet la sikit. sodappp bai! hehe torai la. best! hehe bebel je. oke oke. last step! yeayyy! haha

7. last step, kita matikan api. amek biskut merry kita tuh. and biskut tuh haruslah dipatah patah oke and masuk kan ke dalam periuk yg ada bahan cokelat tuh tadi. sambil tuh, kita gaul la bebahan bersama biskut tuh tuh oke. bila sume dah siap, gaul sampai sebati oke puans. =)

8. after that, masuk kan bebahan kita yg dah mavelesss tuh kat dalam loyang yg dilapik dgn plastik. *pastikan plastik tuh bersih oke. kebersihan tuh pentingg. hihi

9. oke, dah masuk kan bebahan dlm loyang? then, kita perlu la padatkan mereka supaya bila potong nti nmpk cantik cm batik! kan? =)
*oke. sape yg blur cemane nak padatkan mereka, camni. anda amek plastik putih yg kita bungkus kueh salu tuh kan. korang amek plastik tuh, amek paper and lipat paper tersebut muat muat plastik tuh. dah kan? then, masuk kan paper tuh dlm plastik tuh. dah? pastu, masuk kan tgn korang dlm plastik tuh. then, buleh la padatkan bahan biskut kita td tuh. panjang sgt eh? takpe, yg penting korang tau. hehe

10. dah settle padatkan biskut tuh, masuk kan dlm peti sejuk dan aku paling favvy bila ia dibiarkan selama 1 hari 1 malam. padatt habess! rangup je ngappp. hehe


taraaaaaaaa!!!

nih la hasil nya. yummyyyy! =)
so, selamat mencuba!!! toraiii la. sureee best! aku uat, abes licin adek adek aku sapu. bukan mereka je, mama ayah aku pun sapu jugak. hehehe sodappp la tuhh. kan? haha muahmuah! =)

Sunday, April 10, 2011

Sup Tulang in The House !

memalam nih, keje takde. so, kita share resipi jum! hehe aku nak share resipi sup tulang gojes nama dia. jum jum, kita tgk apa bebahan dia. meh intai. huhu

okay puan puan. bebahan dia seperti berikut. *sambil tgn soley soley. hehe


500gram tulang lembu.
1 labu bawang besar *potong bulat
2 biji bawang putih *dihiris halus
1 batang kayu manis
2 ketul bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 cawan air *ikut keperluan
3 biji kentang *potong 6
1 biji lobak merah *potong kiub piramid. tau tak? hehe
sedikit daun sup plus daun bawang *dihiris haluss.
sedikit bawang goreng
5 sudu minyak masak
garam dan gula secukup rasa
ouh ya! black papper pun. dlm 1 sudu teh cukup. =)


ha, sumeee ado dah? jum kita salin pulak cara cara masak dia oke. *tangan soley soley non ado dah. susah nak masak. haha


1. puans, sila pastikan tulang tuh sume basuh bersih bersih yee. kebersihan tuh penting =)

2. kemudian, sila panaskan periuk bersama minyak kita. plus, tumiskan bahan yg berwarna merah.

3. setelah agak2 layu dan naek bau, sila lah masuk kan tulang kita yg suci tuh oke. tumis sampai dia keluar jus. sure kaw!

4. setelah itu, masuk kan pula air. biar sehingga daging kat tulang tu empuk gitu. blurp blurp.

5. kemudian, tolong masuk kan kentang dan lobak merah yg telah dirajang *bak kata org jawa. hehe. didih hingga mereka empuk yee. tenkiu. =)

6. if rasa kurang air, sila la tambah ag. huhu

7. setelah mereka sume empuk, masuk kan garam plus gula secukup rasa.

8. bila sumee dah oke, dah maveles, siap dihidang!

9. dah masuk sup dlm bekas lauk termos tuh kan, buleh la hias dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng yg dah sedia tuh.

10. siap di makan! jum jum. laparrrrr =)


slurpppp. sedappp weyh! try la. =)






yg nih sedia untuk di ngapppp! yummy =)


oke! selamat mencuba! nti aku share resipi yg lain oke. mavelesss kan? haha dah malam la. esuk jela korang try. hehe *good night. sambil pejam mata dan bayangkan sup tulang. plus, tetibe meleleh aer liur. lap lap. hehe =)